xImaR
Sunday, July 20, 2003 @ Inilah yang dinamakan takdir
Duduk kat Boston 2 tahun tak pernah selsema, alih2 sekarang la plak nak kena. Semoga sehat cepat, tak sanggup nak angkut tisu ke hulu ke hilir. Kalu zaman sekolah dulu senang je, bawak kotak tisu tu aje. Tengah lapar nih, tak de benda nak makan kat rumah. Nak gi beli, takut kang Che Na tepon la plak. Dah janji nak ikut dia balik KL hari nih. Tapi travel perut kosong tak elok. Kang mabuk nanti payah. Dah le Dramamine terlupa bawak balik. Kat rumah nih mana la ada ubat mabuk. Hidup ni memang banyak cabaran, terutama bagi orang yang malas. Semalam Akademi Fantasia, si Rosma tuh terkeluar. Tak aci betul la, suara budak tuh bukan main lagi sedap. Si Nana yang nyanyi tak sedap tuh entah bila la nak keluar. Tak tahu la mana silapnya. Samada Astro punya cara mengutip undi melalui SMS tuh kurang efficient atau pun Malaysian public nih belum ready lagi untuk realiti show macam nih. Rasa macam lebih kepada sebab yang kedua. Satu benda yang bermain di fikiran bila tengok pelajar2 akademi tuh, diorang pergi sembahyang jumaat, pergi church tak agaknya? kan diorang tak buleh ada contact dengan dunia luar. I'd be interested to find out. Rasanya Astro patut cakap la berapa ramai orang yang tengok siaran Akademi Fantasia tuh, berapa yang ambil bahagian dalam mengundi. Barula kite dapat buat judgement tentang show tuh. Tengok cara Aznil cakap semalam, bunyi macam tak ramai je yang mengundi. Dia tuh lagi satu, pengacara mana buleh get too personal ngan peserta, dan jugak tak buleh membuat judgement to any of them. Itu dah buleh mempengaruhi pengundi. Ok lah, nak gi siapkan packing barang. Jumpa di KL nanti.

Thursday, July 17, 2003 @ from kb with love
hmm.. dah tiga minggu dah balik rumah. alih bahasa lah pulak kan, biar lembut lidah sikit. bila dah kat rumah ni, biasalah, jadi orang gaji tanpa gaji. kadang2 rasa mcm i've never left. mula2 balik hari tuh semua org ada kat rumah, mak ai riuh nya tak usah cakap la. terus ma ayah bawak gi kedai amik gambar ramai2. yelah, last time amik gambar satu family kat studio was in 1989. masa tuh baru ada 3 org adik, sekarang dah 8 org. mmg best. since balik asyik terperap kat rumah je. nak keluar, mmg langsung tak de mood. plan nyer, nak gi jalan2, tapi asyik bertangguh je. tak tahu la apsal malas sgt nak merayap. org2 kat kl tuh tak jumpa lagi. konon nak gi johor jumpa auntie and pak yem, but at this rate, sampai kesudah la tak jumpa sesapa pon. jgn kan jumpa, nak call org pon malas. aisey nabe, apa punya member la hang. tapi tak pe, ada niat tuh dah cukup baik (yelah tuh). hari tuh bukak almari check apa barang yg ada kat dalam tuh. jumpa la buku zmn stf hari tuh. ada byk quotes dlm tuh rupanya. kalu rajin nanti lah buat title guna quotes tuh aja. ada satu buku nota kecik nih. pe'ah la start, dia conteng buku tuh. last2 sumer org yg came across that book ended up jotting a few lines in it. senyum sorg2 dok baca balik. baru perasan, ingat kan everyone called me nabe masa kat stf, rupanya tak. depa panggil nik. delusional rupanya kite nih ;)

oh hello stranger
events in my life and thoughts in my mind - this blog revolves around ME!

about this stranger
just another ordinary human being, who believes nothing is certain in life but death

talk it out
Favorite hangout

trip to somewhere
STF959 | Am Yanti | Awyn | Ayin Emran | Ayuni | Diana Sidek | Farhana Razak | Fieza | Fiza Radzi | Hailwa | Ieja | Ima | Laila | Marly | Maz | Najmah | Neynarre | Ninie | Pe'ah | Sana'a | Sareque | Wahie | Yatt Haryati | Zuera

previously
September 2002 | October 2002 | November 2002 | December 2002 | January 2003 | February 2003 | March 2003 | April 2003 | May 2003 | June 2003 | July 2003 | August 2003 | September 2003 | October 2003 | November 2003 | December 2003 | January 2004 | February 2004 | March 2004 | April 2004 | May 2004 | June 2004 | July 2004 | August 2004 | September 2004 | October 2004 | November 2004 | December 2004 | January 2005 | February 2005 | March 2005 | May 2005 | June 2005 | October 2005 | December 2005 | August 2007 | September 2007 | October 2007 | January 2008 | September 2008 | October 2008 | November 2008 | July 2009 | August 2009 | June 2010 | July 2010 | August 2010 | September 2010 | October 2010 | November 2010 |

credit
.fourth!Romance is the designer.
Inspiration from Exuvalia and mintypeach.