Duduk kat Boston 2 tahun tak pernah selsema, alih2 sekarang la plak nak kena. Semoga sehat cepat, tak sanggup nak angkut tisu ke hulu ke hilir. Kalu zaman sekolah dulu senang je, bawak kotak tisu tu aje. Tengah lapar nih, tak de benda nak makan kat rumah. Nak gi beli, takut kang Che Na tepon la plak. Dah janji nak ikut dia balik KL hari nih. Tapi travel perut kosong tak elok. Kang mabuk nanti payah. Dah le Dramamine terlupa bawak balik. Kat rumah nih mana la ada ubat mabuk. Hidup ni memang banyak cabaran, terutama bagi orang yang malas. Semalam Akademi Fantasia, si Rosma tuh terkeluar. Tak aci betul la, suara budak tuh bukan main lagi sedap. Si Nana yang nyanyi tak sedap tuh entah bila la nak keluar. Tak tahu la mana silapnya. Samada Astro punya cara mengutip undi melalui SMS tuh kurang efficient atau pun Malaysian public nih belum ready lagi untuk realiti show macam nih. Rasa macam lebih kepada sebab yang kedua. Satu benda yang bermain di fikiran bila tengok pelajar2 akademi tuh, diorang pergi sembahyang jumaat, pergi church tak agaknya? kan diorang tak buleh ada contact dengan dunia luar. I'd be interested to find out. Rasanya Astro patut cakap la berapa ramai orang yang tengok siaran Akademi Fantasia tuh, berapa yang ambil bahagian dalam mengundi. Barula kite dapat buat judgement tentang show tuh. Tengok cara Aznil cakap semalam, bunyi macam tak ramai je yang mengundi. Dia tuh lagi satu, pengacara mana buleh get too personal ngan peserta, dan jugak tak buleh membuat judgement to any of them. Itu dah buleh mempengaruhi pengundi. Ok lah, nak gi siapkan packing barang. Jumpa di KL nanti.